Ketuanya, Datuk Shaiful  Hazizy Zainol Abidin berkata, pihaknya tidak akan menerima permohonan atas perbuatan keji tersebut selagi tindakan undang-undang diambil oleh pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

"Kami kesal dan sedih ketika rakyat dan kerabat diraja masih bersedih  ada pihak tidak bertanggungjawab  tergamak mengeluarkan kata-kata yang menghina kemangkatan Almarhum," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Menurutnya, dua laporan polis dibuat terhadap dua pemilik akaun Facebook tersebut, Hershel Tan (Jack) dan Sheikh Noor Affandi yang memuatnaik  perkataan jelik di laman sosial berikutan kemangkatan Almarhum Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.-UTUSAN ONLINE