Perintah tahanan reman sehingga 15 Januari depan itu dikeluarkan Timbalan Pendaftar Mahkamah Majistret Pulau Pinang, Muhammad Azam Md. Eusoff  di sini pagi ini.

Eksekutif kanan syarikat pemaju berkenaan dibawa ke mahkamah berkenaan kira-kira pukul 11.40 pagi tadi dengan tangan bergari serta memakai pakaian lokap SPRM berwarna jingga.

Beliau ditahan dalam serbuan SPRM di beberapa lokasi di negeri ini semalam membabitkan empat pejabat Kerajaan DAP Pulau Pinang dan tiga pejabat pemaju hartanah serta konsultan. – UTUSAN ONLINE