Perintah tahanan reman selama lima hari itu dikeluarkan Penolong Pendaftar, Muna Maria Azmi di Mahkamah Majistret Georgetown di sini pagi ini.

Semalam, Timbalan Pengarah berusia 56 tahun itu ditahan di Kedah manakala dua lagi suspek ditahan di Seberang Perai di sini.

Siasatan awal mendapati pada 2016, Timbalan Pengarah itu yang berkhidmat di negeri ini telah mengemukakan tuntutan yang mengandungi butiran palsu berhubung kerja pembekalan dan jahitan pakaian seragam kepada Bahagian Pentadbiran dan Kewangan agensi berkenaan sedangkan pembekalan pakaian seragam tersebut tidak dibuat sepenuhnya. - UTUSAN ONLINE