Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Sha’ari Ngadiman  berkata, pasar raya tersebut diarahkan tutup selama seminggu bermula semalam untuk melaksanakan kerja-kerja pembersihan najis haiwan berkenaan.

“Atas faktor keselamatan, kita mengarahkan premis itu ditutup seminggu,” katanya ketika dihubungi Utusan Online di sini hari ini.

Notis berhubung penutupan pasar raya berkenaan tular di laman media sosial terutama menerusi aplikasi WhatApps sejak pagi ini. - UTUSAN ONLINE