Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip berkata, walau bagaimanapun pihaknya masih meneruskan siasatan lanjut termasuk daripada aspek lain.


“Siasatan awal mendapati kejadian ini akibat daripada masalah keluarga dipercayai mangsa tidak pulang ke rumah selama dua hari.


“Malah, dipercayai terdapat sedikit pergelutan antara mereka sehingga berlakunya tikaman di dada kanan mangsa menggunakan sebilah pisau pemotong sayur berukuran 21 sentimeter,” katanya dalam sidang akhbar, sebentar tadi.


Zaharudin berkata, suspek yang berusia 18 tahun kini direman selama enam hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Dalam kejadian itu, mangsa, Mohd. Firdaus Md. Salehuddin, 28, yang bekerja sebagai pembantu kedai menjual ayam di Pasar Maharani dilaporkan maut ditikam kira-kira pukul 2 petang, semalam. - UTUSAN ONLINE