Perintah tahanan reman bermula hari ini hingga Rabu lalu itu dikeluarkan oleh Majistret Shah Wira Abdul Halim bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut sumber, bekas pengarah berusia 47 tahun itu ditahan di ibu pejabat SPRM Putrajaya selepas proses rakaman percakapan pada pukul 9.40 malam semalam.

“Dua lagi penjawat awam iaitu kakitangan di Bahagian Perkeranian dan Operasi, Bahagian Visa, Pas dan Permit, Imigresen dan pemandu Bahagian Korporat Imigresen, Putrajaya masing-masing berusia 59 dan 46 tahun pula ditahan di kediaman masing-masing.

“Maklumat mendapati kesemua suspek disyaki telah menerima wang rasuah daripada ejen-ejen yang menguruskan pas lawatan sosial sebagai balasan memudahkan kelulusan permohonan pas tersebut daripada JIM pada tahun 2015 dan 2016,” kata sumber itu, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE