Dalam serbuan kira-kira pukul 10 malam itu, hasil saringan ujian air kencing, seorang daripada anggota tersebut turut didapati positif dadah jenis methamphetamine.

Menurut sumber, suspek berusia antara 28 hingga 34 tahun itu bertugas di sebuah balai polis dalam daerah Petaling Jaya yang mana dua daripadanya mempunyai rekod dikenakan tindakan tatatertib atas pelbagai kesalahan, termasuk tidak hadir tugas dan gagal mengisytiharkan pemilikan harta.

“Serbuan dibuat berdasarkan maklumat disalurkan orang awam yang melihat beberapa anggota polis berpakaian seragam sering melepak di lokasi tersebut dan menjual rokok seludup.

“Hasil pemeriksaan di gerai burger itu, polis menemukan lapan kotak rokok disyaki seludup di dalam plastik berwarna biru di dalam laci meja gerai berkenaan,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Tambahnya, semua suspek dibawa ke Balai Polis Sea Park, Petaling Jaya, untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952. - UTUSAN ONLINE