Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Wan Abd. Aziz Wan Hamzah berkata, ketiga-tiga suspek penguatkuasa sempadan berkenaan berusia antara 31 hingga 39 tahun manakala orang awam 53 tahun.

"Kejadian berlaku kira-kira pukul 11.30 malam dan siasatan awal mendapati mereka sepatutnya bertugas di Pengkalan Kubor, Kelantan tetapi bertindak datang ke Terengganu tanpa pengetahuan atau arahan pihak atasan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan kerana melakukan pemerasan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE