Kehilangan mereka disedari Pembantu Kebajikan Masyarakat yang dimaklumkan kejadian itu pada pukul 4.20 pagi selepas mereka tiada di dalam bilik.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, kakitangan itu kemudiannya melakukan pencarian di sekitar kawasan itu namun gagal menemukan mereka.

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati ada kesan kopak pada pintu asrama dan mereka melarikan diri melalui pintu kedua berhampiran padang sekolah yang tidak berkunci.

"Dua pelajar terbabit yang berusia 18 tahun dimasukkan ke sekolah itu pada 27 Februari lalu atas kesalahan di bawah 
Seksyen 12 (2) dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 manakala seorang lagi yang berusia 17 tahun dimasukkan pada 13 Februari kerana melakukan kesalahan di bawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan.

"Usaha mengesan mereka sedang giat dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 71 Akta Kanak-kanak 2011," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE