Perintah reman itu dikeluarkan Majistret L. Umma Devi di Mahkamah Majistret di sini petang tadi selepas ketiga-tiga pegawai itu hadir ke mahkamah kira-kira-kira pukul 2.40 petang.

Kesemua pegawai lelaki berumur antara 33 dan 49 tahun itu ditahan reman bagi membantu siasatan penyelewengan wang zakat yang diperuntukkan bagi projek pembangunan masyarakat membabitkan agensi itu sejak tiga tahun lalu.

Semalam, SPRM negeri menahan tiga pegawai itu di pejabat ZPP di Bandar Perda, Bukit Mertajam dekat sini kira-kira pukul 4.30 petang. - UTUSAN ONLINE