Dalam tangkapan kira-kira pukul 2 pagi itu, kesemua mereka ditahan di Pejabat SPRM Melaka sebelum dibawa ke Putrajaya pukul 8 pagi ini.

Difahamkan, dua ketua polis daerah terbabit merupakan pegawai yang bertugas di Melaka Tengah dan Jasin.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan mengenai perkara tersebut dan ketiga-tiga suspek dijangka di reman kira-kira pukul 2.30 petang ini.- UTUSAN ONLINE