Perintah reman itu dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Majistret Muhamad Safuan Azhar memerintahkan mereka direman bermula hari ini hingga 22 Mei ini bagi membolehkan siasatan dijalankan.

Kesemua suspek disiasat mengikut Seksyen 16 (a)(B) dan 17(a) Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

Semalam, SPRM menahan tiga pegawai polis dan tiga orang awam di sekitar Melaka selepas dipercayai terbabit dalam aktiviti rasuah. - UTUSAN ONLINE