AZAM BAKI
AZAM BAKI

Difahamkan, wang rasuah itu dibayar sebagai wang perlindungan bagi melindungi kegiatan-kegiatan haram yang dilakukan oleh pengusaha-pengusaha tersebut.

Menurut sumber, kesemua suspek berusia antara 31 dan 41 tahun itu dijangka direman di Mahkamah Putrajaya esok untuk membantu siasatan.

Ujarnya, mereka ditahan dalam sebuah operasi yang dilancarkan kira-kira pukul 11 pagi dan difahamkan SPRM masih mengesan beberapa individu yang dipercayai terlibat dalam perbuatan itu termasuk pegawai-pegawai polis di Melaka.

“Ini adalah kerana, jika terdapat pegawai polis yang enggan bersekongkol dengan aktiviti tersebut, mereka akan ditukarkan dengan serta-merta.

“SPRM juga dikatakan sedang menyiasat seorang Ketua Polis Daerah di Negeri Melaka yang pernah ditukarkan sebelum ini kerana keengganannya bersekongkol dengan aktiviti-aktiviti sama,” ujar sumber itu di sini.

Sementera itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan tidak menolak kemungkinan  beberapa lagi tangkapan akan dibuat dalam masa terdekat.-UTUSAN ONLINE