Kesemua mayat tanpa pengenalan diri itu ditemukan penduduk tempatan pada kira-kira pukul 10 pagi tadi.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din berkata, pihaknya sedang melakukan siasatan namun tidak menolak kemungkinan ketiga-tiga mayat dihanyutkan ke perairan negara dari selatan Filipina.

"Setakat ini polis tidak menerima sebarang laporan orang hilang dari mana-mana, jadi ada kemungkinan ketiga-tiga mayat hanyut dari Filipina.

"Siasatan akan tetap dijalankan termasuk mengesan identiti ketiga-tiga mangsa,” katanya dalam satu kenyataan, di sini. - UTUSAN ONLINE