Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, suspek berusia 21 hingga 41 tahun itu merupakan warga tempatan yang mana salah seorang daripadanya mengaku pernah mendapat tunjuk ajar daripada Dr. Mahmud Ahmad, rakyat Malaysia yang menyertai Daesh di Selatan Filipina.

“Suspek tersebut tidak bekerja dan telah berbai’ah serta menyertai pengganas berkenaan sejak awal 2017.

“Manakala dua lagi suspek bekerja sebagai penjual cendol serta pemandu bas dan merancang untuk menyertai kumpulan itu di Selatan Filipina, Rakhine, Myanmar dan juga Syria pada akhir tahun ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Mohamad Fuzi, ketiga-tiga suspek ditahan di bawah Bab VIA - Kesalahan Berkaitan Keganasan, Akta 574 Kanun Keseksaan dan akan disisasat mengikut prosedur di bawah Akta 747 Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012. - UTUSAN ONLINE