Sum Chang Keong
Sum Chang Keong

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, kejadian pada pukul 6.45 petang itu berlaku ketika premis berkenaan hendak ditutup sebelum didatangi tiga lelaki memakai topi keledar berpenutup penuh.

Katanya, suspek yang bersenjatakan pistol tiruan bertindak memegang pengawal keselamatan premis berkenaan sebelum merampas selaras senapang patah.

“Suspek kemudiannya mengarahkan pekerja premis itu membuka peti besi dan mengambil wang di dalamnya sebelum melarikan diri dengan menggunakan kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux.

“Pemeriksaan di lokasi kejadian menemukan dua pucuk pistol tiruan yang digunakan oleh suspek dibuang di dalam dan luar kedai,” katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE