Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 2.30 pagi apabila ketiga-tiga suspek berusia lingkungan 30-an ‘menyerbu’ rumah enam pekerja binaan warga Bangladesh di Jalan Persiaran Damai Utama 1, Damai Utama, Puchong dekat sini.

“Suspek memperkenalkan diri sebagai anggota polis serta menyelongkar bilik mangsa sebelum melarikan wang tunai berjumlah RM1,420, pasport dan lima telefon bimbit milik mangsa.

“Kesemua suspek ditahan dalam serbuan berasingan di sekitar daerah ini kira-kira pukul 4 pagi pada hari sama dan dibawa Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 dan Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkumpulan menggunakan senjata serta menyamar sebagai polis. - UTUSAN ONLINE