Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, kesemua lelaki yang ditahan itu merupakan rakan yang bersama mangsa sewaktu membersihkan kebun tersebut dan berusia dalam lingkungan 20 hingga 60 tahun. 

Beliau berkata, ketiga-tiga suspek berkenaan telah ditangkap semalam di sekitar kawasan Batu Gajah dan direman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah. 

"Setakat ini, pihak polis telah menemukan petunjuk jelas siapa yang melakukan perbuatan ini. Kita mengesahkan telah membuat tiga tangkapan selain merampas selaras senapang buatan sendiri yang dipercayai digunakan dalam kejadian ini.

"Kertas siasatan yang dibuka, sedang disiapkan dan akan dirujuk kepada pihak timbalan pendakwa raya bagi mendapatkan arahan lanjut. Mangsa pula telah selesai menjalani pembedahan bagi mengeluarkan serpihan peluru dan masih dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh," katanya, di sini hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 37 Akta Senjata Api 1960. - UTUSAN ONLINE