Ketiga-tiga mereka didakwa di bawah Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.

Jika sabit kesalahan, ketiga-tiga tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 15 tahun dan boleh didenda atau kedua-duanya.

Berdasarkan kertas pertuduhan, dua daripada tertuduh, Rahmat Umar, 56, dan Hasyim Munting, 59, didakwa menjalankan penyeludupan itu di kawasan Pantai Batu 4 pada pukul 12.05 pagi, 8 Februari lalu.

Seorang lagi tertuduh, Ismail Rahaman, 52, dituduh menjalankan kegiatan itu di Hotel Pantai Ria, Telok Kemang kira-kira pukul 1.30 petang pada 19 Januari lalu.

Pendakwaan terhadap ketiga-tiga tertuduh dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nur Hafiza Harun.

Hasyim diwakili peguam, Nur Fatin Syakinah Kamarudin, manakala dua lagi tertuduh diwakili peguam, Nurliyana Azis.

Nur Hafiza tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh dan Hakim Junaidah Mohd. Isa menetapkan 5 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes. - UTUSAN ONLINE