Dalam kejadian sekitar pukul 6.30 petang, suspek yang meminta wang berjumlah RM10,000 untuk hutang anak mangsa yang berada di Indonesia.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Aidil Bolhassan berkata, suspek tersebut telah memberi amaran akan datang semula ke rumah mangsa dalam tempoh dua hari lagi.

"Suspek memberitahu jika mangsa tidak membayar, mereka akan merampas kereta dan barangan eletrik di rumah itu.

"Justeru itu, mangsa yang berasa terancam dan risau keselamatan diri kemudian membuat laporan polis," katanya dalam kenyataan di sini sebentar tadi.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pasukan Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan semalam menahan ketiga suspek berusia 29 hingga 67 tahun pada dua lokasi disamping merampas sebuah kenderaan.

"Suspek pertama ditahan di sebuah rumah di Jalan Nanas Barat manakala dua lagi di tempat letak kereta Batu 4.

"Dua suspek itu didapati tiada rekod manakala seorang lagi mempunyai 15 rekod kes lampau.

"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 385/506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan," jelasnya. - UTUSAN ONLINE