Ketiga-tiga suspek termasuk orang kanan dan pembantu peribadi dalang sindiket pelaburan berusia antara 28 dan 29 tahun itu ditahan pukul 4.30 pagi tadi, di satu lokasi berhampiran Balai Polis Petaling Jaya, Selangor.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Nik Nur Amalina Mat Zaidan, manakala ketiga-tiga suspek diwakili peguam Mohd. Shukri Ahmad Mansor dan K. Jaya Prem.

Kes disiasat Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Pada Jumaat lalu, seramai 19 orang terdiri daripada 15 pekerja dan empat pelabur ditahan dalam lapan serbuan berasingan di sekitar Pulau Pinang.

Turut dirampas semasa serbuan terbabit adalah sebuah kereta jenis Honda Accord, lima unit telefon bimbit, pelbagai dokumen berkaitan skim pelaburan JJPTR, buku cek, 11 keping kad debit dan kredit pelbagai bank dan wang tunai RM20,936. - UTUSAN ONLINE