Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Klang, Azimah Mohd. Yusof membenarkan reman terhadap ketiga-tiga lelaki berusia 35 hingga 52 tahun yang masing-masing bertugas di sebuah sekolah rendah di Pandamaran, Klang.

Semalam, ketiga-tiga individu ditahan di sebuah restoran di Taman Pendamar Indah 2, Pandamaran, Pelabuhan Klang kira-kira pukul 3.25 petang.

Menurut sumber SPRM, siasatan awal mendapati seorang daripada suspek meminta dan menerima wang suapan dari pengadu yang juga seorang guru berjumlah RM5,000.

Jelas sumber, sebagai balasan suspek meminta guru besar terbabit menyokong permohonan pengadu untuk bertukar ke sekolah lain.

Kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. - UTUSAN ONLINE