Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, ketiga-tiga lelaki yang berusia lingkungan 25 hingga 28 tahun itu merupakan warga Myanmar, Vietnam dan Indonesia.

“Kesemua suspek merupakan penyewa di bangunan sama tempat wanita itu ditemukan dalam keadaan berlumuran darah. Buat masa ini kita sedang mendapatkan perintah reman terhadap ketiga-tiga suspek,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang akhbar di di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Wangsa Maju di sini hari ini - UTUSAN ONLINE