Jenazah Mohammad Faqhqih Zahirulhaq Mohd. Fadzil, 5, dan dua adiknya, Nur Ziah Fasihah, 2, dan Muhammad Firash Zaffril, 3, dibawa ke tanah perkuburan tersebut pada kira-kira pukul 9.10 malam diiringi ahli keluarga terdekat.

Terdahulu, kesemua jenazah mangsa dibawa keluar dari Unit Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh pada kira-kira pukul 7.30 petang selepas dimandi, dikafankan dan disembahyangkan di hospital berkenaan. 

Semalam, ketiga-tiga jenazah tersebut telah di bawa ke HRPB untuk dibedah siasat yang bermula pagi tadi dan selesai pada kira-kira pukul 5 petang.

Sementara itu, suasana hiba dan sayu menyelubungi di tanah perkuburan yang dihadiri kira-kira 500 orang terdiri daripada ahli-ahli keluarga, rakan-rakan mangsa termasuk masyarakat setempat apabila bapa mangsa, Mohd. Fadzil Mohammad, 32, diberi peluang mencium ketiga-tiga jenazah anaknya sebelum dikebumikan. - UTUSAN ONLINE