Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Othman Nanyan berkata, susulan kes berkenaan dan bertindak atas maklumat orang awam, polis menahan seorang lelaki yang juga merupakan rakan senegara mangsa kelmarin.


Katanya, suspek berusia 30 tahun itu dipercayai menetak mati mangsa di sebuah tapak semaian dekat Triang.


“Mangsa berusia 36 tahun bersama suspek mempunyai perancangan untuk keluar dari negara ini berikutan tidak mempunyai rekod perjalanan yang sah.


“Ekoran tidak setuju dengan cadangan suspek, berlaku perselisihan faham antara mereka yang berakhir dengan kematian mangsa akibat tetakan di bahagian leher dan kepala,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kotijen di sini hari ini.


Menurut Othman, mereka dikatakan baru sahaja bekerja di negara ini sejak Oktober 2018 sebelum berpakat untuk melarikan diri.


Katanya, polis turut menahan majikan mereka mengikut Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen tinggal di negara ini.- UTUSAN ONLINE