Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, anggota keselamatan telah bersedia sepenuhnya dengan aset-aset yang lengkap untuk berjuang menghapuskan segala ancaman terutama yang datang dari selatan Fililina.

“Amaran kepada Daesh atau IS supaya jangan sesekali cuba mengintai Sabah kerana kita akan tetap pertahankan negara ini.

“Sebanyak 8,000 anggota keselamatan telah ditempatkan di Sabah bersama aset termasuk jet pejuang kita di Labuan kerana kita tidak apologetik terhadap ancaman pengganas,” katanya.

Hishammuddin yang juga Naib Presiden UMNO berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Libaran di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah merangkap Ketua UMNO Bahagian Libaran, Datuk Seri Musa Aman serta pemimpin-pemimpin UMNO akar umbi. - UTUSAN ONLINE