Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, setakat ini, tangkapan hanya membabitkan dua individu iaitu isteri mangsa dan bekas suami isterinya.

“Saya menafikan penahanan dua anak tiri mangsa dan tiada tangkapan baharu dilakukan,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini hari ini.

Terdahulu, beberapa portal berita melaporkan polis telah menahan dua anak tiri mangsa malam tadi yang ketika itu berada di rumah datuknya.

Pada 14 Jun lalu, Nazrin maut selepas terperangkap dalam kebakaran di bilik tidur rumah teres dua tingkat beliau di Mutiara Damansara akibat terhidu asap berpunca daripada letupan telefon bimbit milik mangsa. 

Bagaimanapun, pada 3 Ogos lalu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat mengklasifikasikan semula kematian Nazrin sebagai kes bunuh berikutan Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor menemui kesan petrol di dalam bilik Nazrin yang terbakar.-UTUSAN ONLINE