Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, laporan analisis sampel air kencing Ahmad Saiful Islam Mohamad, 31, perlu mengambil sedikit masa untuk diperoleh memandangkan ada beberapa perkara lagi perlu diteliti. 


Ujarnya, analisis itu dilakukan mengikut prosedur standart operasi (SOP) tanpa sebarang layanan istimewa. 


“Tidak kira dia anak menteri atau tidak, kita akan ambil tindakan sama rata seperti pesalah lain,” katanya dalam sidang akhbar Program High Profile Policing di Pasar Raja Bot, Chow Kit di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE