Hakim Datuk Mohd. Azman Husin memutuskan demikian terhadap Mohd. Azmirul Shamsuddin, 39, selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan wujud kes prima facie terhadap tertuduh.

Mohd. Azmirul yang berasal dari Nibong Tebal, Pulau Pinang didakwa membunuh Rabiatul Adawiah Abd. Aziz, 24, di No. 8, Blok F, Pangsapuri Mentari Court, Sungai Way, Petaling Jaya, pada pukul 8.22 malam, 4 Mac 2015.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendali oleh Timbalan Pendakwa Raya, Lokman Kasim manakala tertuduh diwakili peguam Halim Ashgar Mohd. Hilmi.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 28 September ini sebagai tarikh sebutan semula kes. - UTUSAN ONLINE