RICHARD RIOT JAEM
RICHARD RIOT JAEM

Menterinya, Datuk Seri Richard Riot Jaem berkata, pihaknya memberi jaminan untuk memberikan kerjasama penuh kepada SPRM bagi menjalankan siasatan berhubung kes tersebut.


“Pihak kementerian menyokong terhadap segala usaha SPRM dalam membanteras rasuah dan penyelewengan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Pada hari ini, empat individu termasuk Ketua Eksekutif PTPK bergelar Datuk direman enam hari bagi membantu siasatan berhubung kes penyelewengan dana kerajaan RM40 juta untuk tujuan program latihan.