Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika mengesahkan serbuan itu berkata, antara lokasi yang diserbu adalah Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri serta Pejabat Tanah dan Galian di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini.

Turut diserbu dalam operasi bermula awal pagi ini, katanya, Pejabat Jabatan Kerja Raya di Sungai Pinang; pejabat syarikat pemaju Ewein-Zenith di Menara Boustead; pejabat 555 Capital Diamond Valley dan pejabat Konsortium Zenith.

“Serbuan itu dilakukan bagi membantu siasatan berhubung laporan projek terowong dasar laut,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Bagaimanapun, tiada maklumat lanjut termasuk sama ada dokumen atau keterangan individu tertentu diambil ketika serbuan itu dilakukan. - UTUSAN ONLINE