Menurut sumber SPRM, dua individu berkenaan masing-masing akan direman di Mahkamah Majistret di sini dan Putrajaya.

Penahanan mereka susulan serbuan di tujuh lokasi yang dilakukan SPRM di sekitar negeri ini semalam membabitkan empat pejabat Kerajaan DAP Pulau Pinang dan tiga pejabat pemaju serta konsultan yang terbabit dalam projek bernilai lebih RM6 bilion berkenaan. - UTUSAN ONLINE