Suspek berusia 37 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada pukul 3.48 petang tadi.

Sumber berkata, suspek dipercayai menerima wang daripada syarikat pembinaan utama projek itu selepas dikatakan mampu menyelesaikan siasatan yang dilakukan SPRM.

“Pihak syarikat berkenaan membayar wang berjumlah RM19 juta itu secara berperingkat-peringkat antara Julai dan Ogos tahun lalu,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kanan Jabatan Siasatan SPRM, Datuk Simi Abd Ghani mengesahkan penahanan itu.

“Kita masih lagi mengumpulkan bukti untuk membantu siasatan dan suspek akan dihadapkan ke mahkamah Putrajaya untuk permohonan reman esok. - UTUSAN ONLINE.