Dalam kejadian kira-kira pukul 6.15 petang itu, kesemua suspek berusia antara 28 hingga 21 tahun didapati sedang bersembunyi di balkoni kondominium tersebut.

Ketua Polis Daerah Barat Daya,  Superintendan A. Anbalagan berkata, pihak polis merampas empat buah laptop pelbagai jenama dan lapan buah telefon bimbit yang dipercayai digunakan dalam aktiviti penipuan parcel serta Love Scam itu.

"Suspek didapati berada dalam keadaan mencurigakan di dalam rumah tersebut dan sedang bersembunyi di balkoni rumah berkenaan.

"Hasil siasatan kemudiannya mendapati keempat-empat suspek telah menjalankan kegiatan penipuan parcel dan Love Scam," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Menurut beliau, siasatan kes berkenaan dijalankan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Seksyen  6 (3) Akta Imigresen kerana tiada dokumen sah. - UTUSAN ONLINE