R. Munusamy

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R. Munusamy berkata, bapa mangsa memberitahu mangsa kehilangan wang sakunya beberapa hari sebelum kejadian.

Ekoran kehilangan wang itu, katanya, mangsa menjadi murung dan kelihatan tertekan walaupun bapa mangsa memujuk untuk menggantikan wang itu.

“Seorang saksi mendakwa melihat mangsa mundar-mandir di bawah flat berkenaan dalam keadaan sugul dan murung.

“Kemudian mangsa naik ke tingkat 14 flat dan memanjat tembok sebelum bertindak untuk terjun,” ujarnya ketika ditemui hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan seorang pelajar perempuan jurusan akaun sebuah kolej swasta maut selepas terjun dari tingkat 14 sebuah flat di Metro Prima, Kepong.

Dalam kejadian pada pukul 3.12 petang itu, gadis yang berusia 18 tahun berkenaan ditemukan masih hidup tetapi dalam keadaan parah dan di­sahkan meninggal pada 3.45 petang di Hospital Selayang.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.