Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Terjebak dengan lapan ah long

MAHMUD (bukan nama sebenar) ketika mendapatkan khidmat nasihat daripada seorang pegawai PPIM dalam m
MAHMUD (bukan nama sebenar) ketika mendapatkan khidmat nasihat daripada seorang pegawai PPIM dalam menyelesaikan masalah pinjaman dengan ah long.

TIDAK terlintas dalam fikiran Mahmud (bukan nama sebenar) menjadi mangsa kepada jerat ah long. Dia yang menjalankan perniagaan percetakan di ibu kota berkongsi kisah bagaimana diperangkap sehingga terpaksa menanggung hutang mencecah RM80, 000 kepada lapan ah long dalam tempoh dua bulan.

Mahmud yang ditemui Utusan Malaysia Sabtu berkata, tujuan membuat pinjaman adalah untuk mendapatkan dana sebagai modal pusingan perniagaan. Katanya, ekoran pinjaman perbankan tidak lulus, dia tidak punya pilihan selain berhutang dengan ah long.

“Meminjam dengan ah long memang senang. Peminjam hanya perlu menyerahkan beberapa maklumat seperti salinan kad pengenalan, dokumen perniagaan, alamat rumah, nombor telefon dan sebagainya. Duit masuk ke dalam akaun milik peminjam dalam sekelip mata.

“Pada awalnya, saya hanya pinjam sebanyak RM500 dan diberi tempoh seminggu untuk menjelaskan pinjaman. Bagaimanapun, saya tidak mampu menjelaskan pinjaman itu dalam tempoh yang diberi. Jadi, saya terpaksa meminjam dengan ah long yang lain pula bagi ‘menutup’ pinjaman pertama tadi.

“Pinjaman itu juga gagal dilunaskan dan mahu tidak mahu, terpaksalah saya membuat pinjaman dengan ah long yang ketiga dan seterusnya. Ia umpama gali lubang dan tutup lubang dan ulang lagi keadaan itu, sehingga akhirnya saya terjerat dengan lapan ah long,” kata bapa kepada tiga orang anak ini.

Menurutnya, dia tidak menyangka keadaan menjadi bertambah buruk apabila kesemua ah long terbabit datang ke kedainya untuk menagih hutang. Sehingga satu ketika, salah seorang ah long datang ke rumah untuk mengingatkan tentang bayaran balik pinjaman dan sejak itulah, keluarganya dapat tahu masalah Mahmud.

“Disebabkan ah long datang ke rumah, akhirnya rahsia saya berhutang dengan ah long terbongkar, sekali gus mencetuskan konflik dengan keluarga. Saya mula berasa takut, tertekan dan risau perkara buruk berlaku kepada keluarga,”katanya.

Permainan ah long tidak pernah berhenti, malah semakin memberikan tekanan. Dalam keadaan terdesak, Mahmud menerima tawaran daripada salah satu ah long untuk menggandakan pinjaman bagi melunaskan hutang-hutangnya.

“Walaupun terdesak, saya tolak tawaran itu kerana jika saya terima, keadaan akan menjadi lebih buruk dan tetap tidak akan berakhir. Ia juga tidak akan menyelesaikan masalah yang dihadapi,” tambahnya.

Menurutnya, keluarga turut membantunya menjelaskan hutang ah long. Sebanyak RM30,000 sudah diserahkan kepada ah long, namun hutang masih belum dapat dibayar sepenuhnya.

Apa yang lebih membimbangkan Mahmud adalah adik perempuannya akan berkahwin tidak lama lagi dan kini seluruh keluarganya risau jika ah long datang membuat kacau semasa majlis berlangsung.

Buntu memikirkan apakah langkah yang boleh dilakukan, Mahmud akhirnya datang ke pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia untuk mendapatkan bantuan.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain