Ketua Polis daerah, Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata, tengkorak itu dijumpai oleh orang awam kira-kira pukul 6 petang.

“Balai Polis Telok Kemang menerima panggilan telefon petang semalam mengenai penemuan satu objek disyaki tengkorak di kawasan berkenaan.

“Anggota polis kemudian telah pergi ke lokasi kejadian bersama pasukan Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Aidi Sham berkata, kes penemuan tengkorak itu setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut, namun siasatan lanjut masih diteruskan.

Kata beliau, polis meminta orang ramai menghubungi balai polis berhampiran jika ada kehilangan ahli keluarga sejak enam bulan lalu. - UTUSAN ONLINE