Pengarah Perhilitan Kedah, Muhammad Ali Che Aman berkata, pihaknya menerima maklumat melalui risikan mengenai sebuah rumah di kampung itu yang dijadikan transit penyeludupan haiwan terancam itu dan berjaya mengesan tiga lelaki dalam serbuan yang dilakukan pada pukul 7.45 pagi itu.

“Ketika serbuan dilakukan, dua daripada tiga lelaki dipercayai warganegara Thailand berjaya melarikan diri namun kita berjaya menahan seorang lagi lelaki dipercayai warga tempatan di kawasan rumah itu.

“Pemeriksaan lanjut kita di rumah berkenaan berjaya menemui 85 ekor tenggiling dan apabila diperiksa pada suspek didapati dia tidak mempunyai sebarang dokumen pemilikan secara sah daripada Perhilitan untuk menyimpan spes­ies terancam tersebut,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Menurutnya, siasatan awal mendapati rumah berkenaan dijadikan transit untuk menyeludup tenggiling berkenaan ke negara Thailand, Vietnam dan China.