Asisten Komisioner Noor Hashim Mohamad
Asisten Komisioner Noor Hashim Mohamad

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang itu, wanita berusia 43 tahun itu datang bersama-sama seorang anak lelakinya untuk melihat barang perhiasan di premis berkenaan.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Noor Hashim Mohamad berkata, suspek kemudian memilih serta melihat barang perhiasan yang dipamerkan daripada jurujual.

"Pada mulanya tidak ada apa-tapa tetapi kemudian meminta air teh untuk minum dan selepas itu, mangsa (jurujual) menyedari sebentuk cincin hilang.

"Suspek pada mulanya tidak mengaku ada mencuri cincin berkenaan selepas pengurus kedai emas itu mendapati ia hilang, namun selepas semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dibuat mendapati wanita itu menelannya," katanya ketika dihubungi.

Katanya, suspek yang tidak bekerja kemudian ditahan dan kedai emas itu mengalami kerugian bernilai RM20,399 akibat perbuatan wanita tersebut. - UTUSAN ONLINE