Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Tangkap segera pengkhianat negara – Lam Thye

KUALA LUMPUR 19 Mac – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa mengambil tindakan terhadap mana-mana anggota agensi penguat kuasa yang bersekongkol dengan sindiket penyeludupan barang berduti tinggi sehingga menyebabkan kerajaan kerugian berbilion ringgit.

LEE LAM THYE

Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye (gambar) berkata, mereka yang melindungi penyeludup boleh disifatkan sebagai pengkhianat negara kerana sanggup melakukannya demi hidup mewah semata-mata.

“Ia sangat mendukacitakan kerana mereka adalah orang yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga negara tetapi mereka sebenarnya tidak ubah se­perti harapkan pagar, pagar makan padi.

“Penyiasatan menyeluruh perlu dijalankan oleh SPRM supaya dapat mengenal pasti komplot penguat kuasa dengan segera. Pendedahan ini merupakan jenayah yang sangat serius dan kerajaan sudah tidak boleh berkompromi dengan perkara ini lagi,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Lam Thye menambah, menggunakan pelbagai kaedah pemantauan pen­ting bagi mengesan mana-mana pegawai penguat kuasa yang berpotensi terlibat dalam jenayah rasuah tersebut.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain