Balakrishnan, 63, dan B. Ashok Kumar, 31, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka selesai dibacakan di hadapan Hakim Allaudeen Ismail dan Azura Alwi.

Balakrishnan didakwa mengemukakan Tuntutan Bayaran Interim bagi kerja pembekalan dan penghantaran

Kontena penyahairan (dewatering container) berjumlah RM12.89 juta yang memperakukan pembekalan sebanyak 358 unit.

Tuntutan bayaran interim tersebut mengandungi butiran palsu dengan hanya 89 unit kontena dibekalkan.

Tertuduh yang merupakan pengarah Sinnayah & Sons didakwa melakukan perbuatan itu di Pejabat Bahagian Projek Khas, Ibu Pejabat JPS, Jalan Sultan Salahuddin di sini antara 27 April 2012 dan 23 Oktober 2013.

Sementara itu, anaknya yang merupakan pengurus projek di syarikat pembinaan itu pula didakwa bersubahat melakukan perbuatan tersebut di tempat dan tarikh sama. - UTUSAN ONLINE