Majistret Ahmad Afiq Hassan membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melanjutkan tempoh reman kedua-dua suspek lelaki itu bermula esok sehingga 28 Januari ini.

Mahkamah Majistret turut mem­bebaskan seorang lagi suspek wanita untuk kes berkenaan dengan jaminan SPRM RM10,000 dengan seorang penjamin.

Terdahulu, ketiga-tiga suspek tiba di Mahkamah Majistret di sini hari ini pada pukul 9.15 pagi dengan memakai pakaian lokap SPRM dan tangan bergari.

Sebelum ini, ketiga-tiga suspek itu direman selama tiga hari bermula 23 Januari lalu dan berakhir hari ini, untuk disiasat mengikut Seksyen 17(a) dan Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Menurut sumber SPRM, ketiga-tiga suspek itu disyaki mene­rima rasuah daripada pembekal peralatan kilang berhubung pembelian mesin bagi operasi sebuah syarikat yang kedua-dua pengarah syarikat itu turut mempunyai saham.

Sumber turut memaklumkan, ketiga-tiga suspek itu juga disyaki terbabit dalam salah guna kuasa ke atas dana syarikat.