Pengurus syarikat itu Neoh Eng Koi, 49, mewakili Syarikat Neoh Ah Bah Reality Sdn. Bhd. membuat pengakuan berkenaan selepas 11 pertuduhan dibacakan jurubahasa kepadanya di hadapan Hakim Azman Abu Hassan.

Azman menjatuhkan hukuman denda RM1,000 bagi setiap satu pertuduhan itu serta turut memerintahkan Eng Koi dipenjarakan tiga bulan sekiranya gagal membayar denda itu.

Bagaimanapun syarikat tersebut menjelaskan denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan syarikat terbabit didakwa melakukan kesalahan tersebut dari April 2015 hingga Disember 2015 serta Januari dan April tahun lalu.

Syarikat berkenaan dituduh gagal mengemukakan penyata dalam tempoh ditetapkan sebagai orang kena cukai di bawah Akta GST 2014 (Akta 762) sebagaimana ditetapkan di bawah Seksyen 41(1) Akta 762.

Kesemua kesalahan itu dilakukan Jabatan Kastam Diraja Malaysia Bahagian GST, Lot 499 Jalan Lencongan Timur, Bandar Aman Jaya di Sungai Petani. - UTUSAN ONLINE