Dadah tersebut ditemukan tersorok di sebalik dinding yang telah disimen bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, serbuan tersebut dijalankan selepas tangkapan ter-hadap tiga lelaki dan seorang wanita berusia antara 36 dan 53 tahun di sebuah hotel di Jalan Pasar Baharu, di sini pada 2 Mei lalu.

“Hasil soal siasat, wanita tersebut memaklumkan terdapat dadah yang disembunyikan dalam ruang kecil di antara dinding di rumah sama.

“Pihak polis kemudian datang semula ke rumah berkenaan dan memecahkan dinding seterusnya menemukan da-dah bernilai RM4.8 juta,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini hari ini.

Menurut Mazlan, kesemua tangkapan kini dalam tahanan reman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Dengan tangkapan ini, kita telah berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah syabu yang bergiat aktif di sekitar Lembah Klang,” katanya. - UTUSAN ONLINE