Datuk Hamzah Sundang
 

Dalam serbuan pada pukul 11.30 malam itu, beg tersebut dikesan mengandungi dadah selepas melalui mesin pengimbas di bahagian ketibaan KKIA di sini.

Pengarah JKDM negeri, Datuk Hamzah Sundang (gambar) berkata, pemeriksaan lanjut dalam beg berjaya menemukan lapan peket dadah seberat lapan kilogram yang dibungkus di dalam bungkusan teh hijau dan disembunyikan di bawah selimut.

“Ketika beg melalui mesin pengimejan kita mengesan objek yang meragukan. Tindakan pemeriksaan beg dilakukan.

“Hasil pemeriksaan menemui kesemua dadah tersebut yang disorok di bawah selimut,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Hamzah, suspek dipercayai menyeludup dadah tersebut melalui kargo pesawat Malaysia Airlines Berhad (MAB) yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada hari yang sama.

Katanya, suspek dapat meloloskan diri, bagaimanapun maklumat peribadi lelaki itu diperoleh daripada syarikat penerbangan tersebut.

“Suspek berusia 35 tahun pemegang kad pengenalan berwarna merah. Kita akan mengesan suspek secepat yang mungkin,” katanya sambil memberitahu kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.