Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din berkata, suspek berusia 33 tahun itu ditahan semalam oleh sepasukan polis cawangan Kongsi Gelap, maksiat dan Perjudian (D7) di hadapan Restoran Lotus, Jalan Gasing, Petaling Jaya, dekat sini.

“Hasil siasatan awal mendapati motif suspek mencederakan mangsa kerana mangsa membuat laporan polis mengenai suspek dan rakan-rakannya yang meminum arak serta membuat bising di Mitra Land, Kota Damansara pada Mac lalu.

“Kejadian tersebut bermotifkan balas dendam kerana suspek dan kumpulannya telah disuraikan oleh pihak polis selepas laporan dibuat oleh mangsa ketika itu,” katanya dalm satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Mohd. Zani, suspek akan dibawa ke mahkamah untuk proses tahanan reman hari ini.

Dua hari lalu, seorang lelaki berusia 28 tahun ditemukan dalam keadaan berlumuran darah dipercayai ditetak di terowong Lembah Subang, Jalan PJU1A/42, Petaling Jaya, dekat sini pada pukul 2.30 pagi.-UTUSAN ONLINE