Menurutnya, lelaki itu dikesan berada di luar Pulau Pinang berdasarkan beberapa petunjuk bersama isteri dan anak bongsunya.

“Kita minta bapa kepada mangsa supaya menyerah diri untuk kita dapatkan keterangan bagi membantu siasatan berhubung kes ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam kejadian malam Khamis lalu, seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun melecur di beberapa bahagian badan dipercayai disimbah air panas oleh bapa kandungnya.

Mangsa dikatakan diperlakukan sedemikian selepas bapanya berang kerana makanan yang disediakan isterinya habis dimakan empat anaknya termasuk mangsa selepas pulang dari bekerja.

Akibatnya, mangsa yang merupakan anak kedua melecur di lengan, rusuk serta dada kanan.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001. - UTUSAN ONLINE