Suspek samun kakak ipar Guan Eng ditahan
DATUK CHUAH GHEE LYE

Ketua Polis negeri, Datuk Chuah Ghee Lye berkata, lelaki berusia 23 tahun yang bekerja sebagai pemandu lori itu kini ditahan reman bagi membantu siasatan kes yang berlaku di Cangkat Minden, Gelugor kira-kira 8.15 malam 8 Ogos lalu.

“Suspek yang berasal dari Pokok Sena, Kedah itu difahamkan datang ke negeri ini untuk mencari pekerjaan tetapi disebabkan desakan kewangan sanggup melakukan samun,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam kejadian yang berlaku di pekarangan rumah mangsa itu, antara barang yang disamun termasuk kad kredit dan debit, buku cek, kad bank pembantu rumahnya, kad pengenalan dan wang tunai bernilai RM500. - UTUSAN ONLINE