Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, suspek yang cuba ditahan oleh polis membuat pemeriksaan telah bertindak agresif dengan melibaskan parangnya.

“Polis terpaksa melepaskan tembakan dan seorang lelaki dipercayai warga asing ditumpaskan manakala dua orang suspek lagi berjaya melarikan diri.

“Op Kesan sedang dijalankan untuk menjejak dua suspek yang melarikan diri. Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE