Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Setapa Yusuff berkata, suspek berusia 39 tahun dan merupakan individu yang dikehendaki polis.

Katanya, suspek mempunyai 13 rekod kesalahan lampau berkaitan dadah, pecah rumah dan curi kenderaan sejak 2000.

“Hasil siasatan awal polis, suspek telah memecah masuk pejabat Setiausaha Menteri Besar di blok satu dan melarikan wang tunai berjumlah RM1,000 dan dua bentuk cincin zamrud bernilai RM1,000.

“Selepas itu, suspek telah mengeledah pejabat Perbendaharaan di blok empat dan melarikan wang tunai RM500. Anggaran keseluruhan kerugian berjumlah RM2,500,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE